MRR II: Hari-hari macam ini boleh jadi gila

MRR II: Hari-hari macam ini boleh jadi gila
MRR II atau Lebuh Raya Lingkaran Tengah II memang menjadi laluan penting kepada warga kota untuk apa jua urusan. Masalahnya, MRRII inilah yang paling banyak masalah.

Dari masalah keretakan jejambat di Kepong hingga ke masalah kesesakan kronik di sekitar laluan Pandan ke Ampang. Lebuh raya ini nampaknya mempunyai kecacatan kekal dan boleh diklasifikasikan sebagai LKU (Lebuh Raya Kurang Upaya).

Mungkin kerana lebuh raya ini tidak dikenakan tol maka menjadi ‘anak tiri’lah ia. Bagi pengguna yang menggunakannya setiap hari, maka setiap harilah terdetik dalam hati apalah malang lebuh raya ini. Kenapa JKR, DBKL, MPAJ, MPS, dan sebagainya terlepas pandang dan membiarkan lebuh raya ini terus uzur dan menjadi duri dalam daging kepada penggunanya.

Antara masalah yang berpanjangan di lebuhraya tersebut ialah:

* Masalah lopak air di sepanjang laluan antara Batu Caves ke Sg Buluh setiap kali lepas hujan. Yang peliknya, atas jejambat yang bermasalah di Kepong itu pun bertambah parah masalahnya selepas hujan ada lopak air dan banjir kilat di atas jejambat itu.

Sungguh menghairankan bila ada lopak air di atas jejambat! Dan bila sudah ada lopak air yang besar dan banjir kilatlah katakan, maka apa lagi, kesesakan lalu lintas berlaku tanpa belas kasihan. Hari-hari kena macam ini boleh masuk hospital mental.

Apa sudah jadi. Kenapa lebuh raya ini tidak diselenggara. Sudahlah pembaikan keretakan yang menelan belanja berjuta-juta masih lagi menjadi sesal dan bebal dalam hati rakyat, tambah pula masalah ini, jadilah sudah jatuh ditimpa tangga besi. Apa malang lebuh raya ini.

* Masalah gegaran yang masih dirasai di sepanjang jejambat di Kepong itu nampaknya masih terus tiada penghujungnya. Kesesakan yang berlaku atas jejambat itu saban hari menambahkan parah gegaran itu. Tidak mustahil jejambat itu boleh runtuh menyembah bumi jua akhirnya.

Jangan sampai dah ada nyawa yang melayang baru nak buat sesuatu yang sudah terlambat. Kalau masalahnya - membabitkan design, pengurusan pembinaan - tidak boleh dibaiki lagi carilah jalan mengurangkan bebannya.

Tukar laluan kenderaan berat hanya boleh melalui bahagian tengah lebuh raya, hanya lorong yang paling tengah lebuh raya berada pada paksi tiang jejambat lebuh raya itu. Dua lorong lagi berada pada sayap atau sisi atau anjung yang pada asasnya tergantung sedikit pada bahagian tengah lebuh raya. Ini menjadikannya lemah dan bergoyang-goyang.

Bila ada sahaja kenderaan berat melaluinya, pasti jejambat itu akan bergetar. Ini yang berlaku saban hari. Dan dengan tiadanya penyenggaraan dan air yang bertakung, saya yang bukan jurutera struktur masih percaya ia akan runtuh jua akhirnya.

* Masalah kesesakan di sekitar jejambat di Pandan ke Ampang. Jejambat itu mengalami masalah kesesakan yang kronik tahap 4 (seperti pesakit kanser). Hari-hari sesak siang malam pagi petang. Puncanya, bila laluan tiga lorong dijadikan dua lorong dan dah dua lorong bertemu pula dengan exit dan entry pada tempat yang sama.

Tentulah sesak sebab di situlah ada orang yang nak bersesak tukar lorong sebab lorong dah jadi dua, dan ada pula yang nak keluar lepas itu dan ada pula yang nak masuk lebuh raya itu. Tidakkah gila aturan jalan yang begitu?.

* Masalah kesesakan di simpang LDP, Sri Damansara, ke Sg. Buluh. Kerana kesesakan di lampu isyarat di situ maka kesesakan lalu lintas berlaku setiap hari dan panjang sampai ke atas jejambat yang bermasalah tadi. Inilah bahana yang menyeksa orang Kepong dan orang lain yang melalui MRR II ini sabah hari.

Harapan saya dan semua yang melalui dan mengalami pengalaman bangang di MRR II ini kami memohon pihak bertanggungjawab, JKR, DBKL, MPAJ dan sebagainya turun padang dan buatlah kerja.

Selengkapnya......

Hang Tuah gagal SPM, haha :D

Selengkapnya......

Kisah Arab ......

Memanglah semasa mula berkenalan dengan bangsa Arab dulu, di Jordan, gua rasa pelik dengan kebodohan mereka. Banyak tentang Arab yang gua kenal hanya melalui pembacaan dan televisyen dan semuanya baik-baik belaka. Selebihnya melalui datuk dan nenek serta orang-orang kampong yang pulang dari Mekah. Kesimpulannya bangsa Arab pada gua hanyalah mereka yang berserban dan berjubah. Itu dulu.

Melihat kepada bangsa Arab di Jordan pula, dan melalui sembang-sembang pagi dan malam bersama bapak sedara gua selama 3 bulan tinggal serumah, gua tahu yang bangsa ini memang bermasalah. Memang pemalas dan kebodohan yang amat ketara. Ketika handphone masih satu device mewah, seorang pelajar di university telah datang ke kelas dengan membawa remote control televisyen, dan pretending that’s a mobile phone. Bukan sekali dua dan bukan hanya seorang.

Ketika melawat Petra, seorang kawan yang berkulit gelap, yang jika lu tengok dari sudut mana sekalipun adalah seorang manusia yang berkulit gelap, telah dipanggil sebagai lelaki Jepun oleh seorang bangsa Arab tempatan. Bukan sekali dua, bahkan kami sering dianggap sebagai bangsa China dan Jepun. Tapi itu dulu, gua berdoa bangsa Arab Jordan tidak lagi sebegitu malang.

Itu belum dikira dengan urusan di pejabat, urusan ketika mahu mendaftar subjek, urusan membuat visa dan sebagainya. Mereka lembap dan kadangkala kita seperti mahu menangis melihat kebodohan mereka. Gua tahu bukan semuanya lembap dan bukan semuanya bodoh kerana gua menadah tangan menuntut ilmu dengan mereka dan air liur mereka kerapkali kena muka gua ketika gua datang lambat dan terpaksa duduk barisan paling depan.

Kemudiannya gua tahu, bahawa selain bangsa Jordan, ada satu bangsa lain yang boleh dikategorikan teruk. Arab Saudi, yang gua kenal sebagai orang Mekah dan orang yang berjubah dan berserban itu sebenarnya begitu teruk peribadi mereka, begitu teruk cara bekerja mereka dan kebodohan mereka juga begitu melampau kerana majoritinya hidup dengan limpahan kemewahan. Walaupun bukan kesemuanya, tapi jika kita berbual dengan bangsa Arab lain berkaitan bangsa Saudi maka kita pasti akan mendengar carutan tentang bangsa Saudi.

Seterusnya barulah pulak gua berkenalan dengan bangsa Mesir, yang mengaku negara mereka adalah ibu kepada semua ketamadunan manusia. Gua setuju kerana ketamadunan yang bertapak di Mesir sejak ribuan tahun itu terlalu agung jika mahu dibandingkan dengan tamadun lain seluruh dunia ini. Namun kerana kebengapan menguruskan negara mungkin, Mesir yang tetap juga berbangsa Arab, adakalanya bertindak bagaikan langsung tidak pernah berkenalan dengan tamadun. Pelajar Malaysia yang seawal 30-an sudah ke Mesir dan jika mahu dikumpulkan segala cerita kebodohan bangsa Mesir darripada mereka, seratus jilid buku setebal kamus Al-Mawrid pun tidak mencukupi. Namun bukan kesemuanya kerana masih wujud di kalangan mereka yang baik-baik.

Gua kemudiannya berkenalan dengan bangsa Arab dari Teluk ketika menjadi pemandu pelancong. Perangai dan kebodohan mereka juga tidak banyak bezanya dengan bangsa Arab lain. Itu sebab kerajaan BolehLand suka dengan kebanjiran pelancong Arab sebab mereka semuanya bodoh dan senang untuk kena gulai. Naik teksi dari Puduraya pergi ke Bukit Bintang pun boleh kena tambang RM50, sapa yang tak mahu.

Tapi klimaks kepada perkenalan gua dengan bangsa Arab ini akhirnya mempertemukan gua dengan satu bangsa yang paling bodoh sekali, paling bengap, paling pemalas dan paling kuat menipu. Bangsa Libya yang gambaran mudahnya ialah Muammar Ghaddafi, gua sangkakan tidaklah seteruk Mesir atau pun seperti Saudi. Tetapi kerana mungkin terlalu lama hidup di dalam tempurung besi ciptaan pemimpian socialist palsu, maka setelah bertemu dengan bangsa asing, mereka jadi tidak keruan.

Bangsa Libya dan negara Libya bukanlah negara socialist yang tulin. Jika gua mampu berbicara dengan Karl Marx, gua yakin orang tua itu akan menangis terisak-isak mendengar hikayat kebodohan bangsa yang kononnya daripada sebuah negara socialist ini. Kuat menipu kerana mereka sebenarnya bertuhankan wang dan syarikat-syarikat asing yang masuk ke Libya sudi menghulurkan leher mereka untuk disembelih. Kuat menipu kerana kebanyakan mereka adalah saki baki rangkaian mafia Italy yang bertapak di sini sejak awal 70-an. Pemalas bekerja kerana mereka,bangsa Arab ini, walaupun tidak kaya,mereka berfikir yang mereka adalah bangsa terbaik. Bodoh, kerana budaya hidup mereka yang kebanyakannya mengongkong mereka daripada berkenalan dengan budaya luar. Minggu lepas ketika makan malam di sebuah rumah warga tempatan, anaknya yang berusia 15 tahun bertanya kepada gua adakah di Malaysia terdapat kapal terbang.

Jadi apa yang berlaku kepada gua minggu ini, adalah satu kemuncak kepada ekspresi gua tentang perkara-perkara di atas. Gua sudah terlalu geram dan gua sudah terlalu benci. Dalam waktu terdekat atau kemudiannya, jika kita memendam sesuatu yang membuku dengan kemarahan dalam hati, kita tahu kita terpaksa meluahkannya juga. Walaupun ada yang kata gua kurang sabar dan tidak pandai mengawal kemarahan tetapi mengapa ketika tidak bekerja dan berurusan dengan bangsa Arab gua boleh mengawal perasaan? Ini bukan pengakhiran kewujudan gua di Libya kerana gua masih akan terus kekal di sini.

Boss gua kasitau, mengalah pada waktu ini bukan bermakna kita berada pada pihak yang salah dan kalah tetapi kita merancang strategi yang lebih rapi untuk berundur seketika sebelum kembali menyerang. Apa-apa sahaja janji gua masih bekerja.

Selengkapnya......

Mana dia fatwa Mufti Perak SS Dato' Seri Harussani




Replika Anwar : simbol PKR mendewakan anwar“ Ali Rustam


TUESDAY, 07 OCTOBER 2008 19:57
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Kuala Lumpur merupakan satu simbol yang melihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya. Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin.

Saya nak tanya pada Pas, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh Pas, katanya. Dilaporkan replika setinggi 12.2 meter itu dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan penyokong Anwar.

Selengkapnya......

Najib Gadai Melayu : Benarkah?

panjang sikit dah malas nak baca artikel nih..Kalo malas baca tergadai bangsa..

Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins - Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.

Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.

Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.

Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Geutemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada thun 1965. Ecuador pada thun 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak i untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.

Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina - Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)

Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.

Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?

Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?

Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.

Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.

Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.

Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada …….(TT)

Selengkapnya......

lagi kes ustad PAS dan Isterinya....

KANGAR: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.

Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil. "Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya. Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.


"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya. Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera. Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan.
...
...
...
KEPADA USTAD2..BERHATI2..KALO JD KES MCM NI..MALU WEIII

Selengkapnya......

Umno nak laksana Hudud tapi........


tapi adakah tidak jadi laksana hudud kerana chine2 kopet nih?

Selengkapnya......

Iran..apa sebenarnya..rupanya...

  • APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG
  • Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot.
  • Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.
  • Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar.
  • Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1979 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.Ini fakta saheh.
  • Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika.
  • Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.
  • Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi.
  • Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika. Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota.
  • Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama. Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di eksport.
  • Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional.
  • Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari.
  • Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador - yang bergantung perniagan dengan peniaga luar - kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.
  • Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism - yang diwakili oleh Ahmadinejad.
  • Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi. Jangan kita lupa - ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang.
  • Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton - ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad.
  • Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya? Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan - Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.
  • Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.
  • Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.
  • Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini - anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.
  • Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang - tidak akan menggugat Iran.
  • Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati. Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.
  • Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu. TT -

Selengkapnya......

Burger terbesar dan terkecil




Selengkapnya......

Budak Raksaksa







Selengkapnya......

Maps

Loading...
 
Cebong`s Notez
---- ~ PUAKA KANCHONG DARAT ~. Green World Blogger Template---- © Template Design by Herro