Isnin, 27/08/07 - Sheikh Kamal Al-Khatib, Timbalan Ketua Pergerakan Islam tahun 1948 semasa negara Palestin diduduki, telah memberi amaran mengenai rancangan untuk menyerahkan Masjid Aqsa untuk dikuasai Israel."Tiada siapa dibenarkan untuk melepaskan walau seincipun Masjid Aqsa," kata Khatib sewaktu merujuk pada laporan akhbar bahasa Ibrani 'Ha'aretz' yang menyatakan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersedia untuk menyerahkan sebahagian Masjid Aqsa sebagai penyelesaian muktamad pertelingkahan antara Palestin-Israel.Khatib memaklumkan bahawa rancangan itu menunjukkan bahawa Presiden Palestin akan menerima tawaran itu yang menjadikan kedaulatan Masjid Aqsa berada di bawah pihak Zionis.
Pemimpin Islam telah memberi amaran kepada perunding bagi pihak Palestin agar tidak nama mereka dalam sejarah sebagai individu yang menyerahkan Masjid Aqsa, dan mengatakan, "Kita tidak pernah membenarkan sesiapa untuk melepaskan walau satu inci Masjid Aqsa untuk dikotorkan".
Semasa menghadiri karnival kelima untuk membiayai anak-anak Aqsa yang diadakan di tempat suci itu, beliau mengingatkan semula amaran Pergerakan Islam pada tahun 1996 terhadap perunding Palestin agar tidak menyerahkan mana-mana bahagian Aqsa dan adalah penting untuk menolak semua bentuk tawaran dalam hal ini.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment