Sejarah Malaysia Perlu di Tulis Semula.

Di Malaysia hari ini, masyarakat Siam dianggap sebagai berasal dari Thailand. Mereka juga dilihat sebagai beragama Buddha dan mengamalkan budaya dan cara hidup orang orang Melayu tempatan. Dari aspek sejarah pula, orang-orang siam ini dianggap sebagai penjajah yang pernah menakluki negeri-negeri melayu disatu ketika dahulu. Asal-usul mereka dikatakan bermula dari Luang Phrabang dari puak Sukuthai. Maklumat-makumat ini mempunyai asas akan tetapi ia menceritakan tentang orang-orang thai, bukan orang-orang siam.

Pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Siam selain berbahasa Melayu, sepertimana di Selangor dimana orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Jawa. Telah menjadi lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Siam sewaktu keramaian seperti kenduri, qurban dsbya. Bertutur dalam bahasa Siam tidak membuat mereka kurang kemelayuannya, seperti juga orang Jawa di Selangor.

Terdapat tiga perkara yang ingin saya kemukakan kepada pembaca sekalian iaitu,
Tahukah anda,
- bahasa siam tidak sama dengan bahasa thai?
- bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?
- raja-raja kita mengamalkan adat siam?

Pengkajian saya mendapati bahawa orang siam ini lebih kepada rumpun Melayu walaupun selama ini mereka di letakkan dibawah rumpun Mon khmer, sama dengan orang-orang Thai, orang Kambodia, orang Burma, orang Laos dsbnya. Agak menghairankan pula apabila orang Melayu Islam di Kambodia dikenali sebagai orang Melayu Champa, sedangkan mereka ini adalah juga dari keturunan Siam islam. Orang Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai berada di Malaysia sahaja kerana pada zaman dahulu, Malaysia tidak ujud begitu juga sempadan yang ada sekarang dan bangsa melayu dari pelbagai keturunan bebas bergerak melalu perdagangan kerana melayu adalah ‘sea fairing nations’.

Seterusnya, banyak maklumat mengenai Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri adalah diperintah oleh raja-raja Siam Islam, yang merupakan rumpun Melayu. Sekiranya kita menolak orang-orang Siam dari rumpun Melayu, bermakna kita menolak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga. Selain itu adat orang Siam dalam kehidupan seharian masih lagi digunakan masyarakat melayu Malaysia hari ini seperti membasuh kaki sebelum tidor, hantar sirih pinang sewaktu meminang, pakaian kuning untuk raja-raja adalah juga merupakan adat siam.

Pemerintahan raja berpelembagaan seperti diamalkan di Malaysia dimana raja-raja negeri bergilir menjadi Yang Di Pertuan Agong, bukan lah perkara baru. Ia telah diamalkan di Kerajaan Benua Islam Siam, Dinasti Ayuthia semenjak tahun 1350 lagi. Oleh itu dari 33 orang raja yang memerintah Ayuthia, hanya 3 sahaja makam raja yang terdapat di Ayuthia, Thailand hari ini. Mana perginya makam 30 orang raja-raja yang memerintah Ayuthia dahulu? Jawapannya mudah sahaja, makam mereka berada di nusantara kerana mereka memerintah Ayuthia dari kawasan masing-masing seperti Melaka, Pattani, Acheh, dll.

Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak kafir tantera sukuthai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan "Dasar Rathinayok" untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.

Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,

"Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam(bermaksud thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada "Siam" kepada Thailand ".

Seperkara yang tidak disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi boleh dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Patani pun. Ini tidak berlaku di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.

Dibawah ini saya bentangkan beberapa contoh perkataan untuk makluman pembaca semua:-

MELAYU -SIAM -THAI

Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi - nam kopi -nam cha
Jambam - jaman -suam
Datuk - tok wan -na
Pelita - peta -telat
Salah - salah -jot
Kereta - kayta -rot

Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,

NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi - muka beruang

Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)
Gu run - gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang - pulau merah
Che nang - nama puteri
A rau - kami

Per lis-bedak
Kang gar - betis patah
To biar - heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas - puak kaya

Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar - tepi harimau/tentera/laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra - pindah/berangkat

Lukut - lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) - Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban - beli rumah kampong
Se lan gor - teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar - topi/mahkota raja siam

Si ga pu ra - empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai

Hang Tu ah - Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat - Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir - Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau - Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri - Laksemana jaga ehwal perkapalan

Nu san ta ra - tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)
Sa kai - rasa miang
Ma la ka - mari lah niaga
Ma la yu - mari lah duduk
Ma ni la - mari lah sini
Ke dah - surat kuasa

Mi nang ka bau - kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau - rumah pekerja
U lu lan gat - masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia - tempat semayam raja

Raja Man da li ka - raja kami baik terkenal niaga

Se ri Lang ka - Laksemana itu, cucu beta.
(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).

Fi li fi na - Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).





ini tulisan : anaianai

Aku rasa inilah sejarah kita yang sebenarnya...

4 comments:

Unknown said...

Fi li pi na
Asal dari nama penjajajah king philip dari spanish. Menjajah kepulauan melayu.. Dari semua kepaulauan melayu,hanya sebahagian kepulauan belah barat yg dimana manila sekarang yg berjaya "di-kristianisasi" dan "dis-panishkan". Selebihnya semua menentang dari daerah palawan,morro,dan seluruh selatan kepulauan "philipine". Mereka menetang penjajah dengan keris morro dan pelbagai senjata nusantara sehingga spanish keluar dari philipine dan menjual kepada amerika. Amerika menyambung tugas menghapus islam di philipine. Dan belanda menjalankan tugas di kepulauan jawa dan semenanjung. Sayang.. Ada dalam sejarah satu bahagian utara kepulauan memilih kristian apabila diberi kata putus, [(>terima kristianisasi dan budaya serta bahasa spanyol<)], bagi yg tak setuju, semua berpindah bergabung dengan belah selatan menjadi pejuang yg mereka kafirin gelar pemberontak dan pengganas. Sampai sekarang selatan philipin masih kukuh iman dan akidah. Walau beratus tahun dijajah sehingga mereka kehilangan idendititi dan bahasa asal mereka. Yg dahulu memiliki ratusan jika tidak ribuan bahasa dan tulisan peribumi dengan setiap suku ada huruf abjad masing2. Sekarang masih ada teks2 budaya di philipine dengan ratusan jenis tulisan tapi dalam banyak2 takde orang boleh baca satu pon. Pakar budaya dan linguistic barat kata ini membuktikan orang2 philipine dahulu memiliki masyarakat yg kompleks dan maju serta memiliki intelek yg tinggi jika di ukur dari sistem tulisan mereka.
Berbeza= Jika mana2 masyarakat lain yg lebih besar, ingin mencapai 10 sistem tulisan baharu dalam 1000tahun pun, adalah sukar dipercaya mereka boleh meng-evolasikan 10 sistem tulisan baru dalam masa seribu tahun. Bermakna satu sistem tulisan hanya seratus tahun sebelum berevolusi lagi ke sistem tulisan yg lain.

Unknown said...

Fi li pi na
Asal dari nama penjajajah king philip dari spanish. Menjajah kepulauan melayu.. Dari semua kepaulauan melayu,hanya sebahagian kepulauan belah barat yg dimana manila sekarang yg berjaya "di-kristianisasi" dan "di-spanishkan". Selebihnya semua menentang dari daerah palawan,morro,dan seluruh selatan kepulauan "philipine". Mereka menetang penjajah dengan keris morro dan pelbagai senjata nusantara sehingga spanish keluar dari philipine dan menjual kepada amerika. Amerika menyambung tugas menghapus islam di philipine. Dan belanda menjalankan tugas di kepulauan jawa dan semenanjung. Sayang.. Ada dalam sejarah satu bahagian utara kepulauan memilih kristian apabila diberi kata putus, [(>terima kristianisasi dan budaya serta bahasa spanyol<)], bagi yg tak setuju, semua berpindah bergabung dengan belah selatan menjadi pejuang yg mereka kafirin gelar pemberontak dan pengganas. Sampai sekarang selatan philipin masih kukuh iman dan akidah. Walau beratus tahun dijajah sehingga mereka kehilangan idendititi dan bahasa asal mereka. Yg dahulu memiliki ratusan jika tidak ribuan bahasa dan tulisan peribumi dengan setiap suku ada huruf abjad masing2. Sekarang masih ada teks2 budaya di philipine dengan ratusan jenis tulisan tapi dalam banyak2 takde orang boleh baca satu pon. Pakar budaya dan linguistic barat kata ini membuktikan orang2 philipine dahulu memiliki masyarakat yg kompleks dan maju serta memiliki intelek yg tinggi jika di ukur dari sistem tulisan mereka.
Berbeza= Jika mana2 masyarakat lain yg lebih besar, ingin mencapai 10 sistem tulisan baharu dalam 1000tahun pun, adalah sukar dipercaya mereka boleh meng-evolasikan 10 sistem tulisan baru dalam masa seribu tahun. Bermakna satu sistem tulisan hanya seratus tahun sebelum berevolusi lagi ke sistem tulisan yg lain.

MOND

Unknown said...

Kau nak buat kenyataan tu buat la research dulu. Ini keje orang tak bertanggungjawab. Memang betul sebahagian siam dulu bwah kerajaan melayu. Tapi pasal pecahan kaum ni melibatkan sosio politik dan geo politik. Belah melayu,jawa ,philipine hawaii, madagascar sampai ke south africa dan banyak lagi diantaranya (antara semenajung melayu sehingga ke south africa dan menjulur ke bawah new zealend bahkan sampai ke sebahagian pulau dan tanah besar australia) tergolong dalam kumpulan
MALAYO-POLYNESIA. kalau ke atas dari thai, burma , china mereka tergolong dalam golongan SINO-TIBETAN. dan kalau atas lagi masih ada kumpulan bangsa besar dari srilanka sampai india dan sebahagian afghan semua tergolong dalam silsilah INDUS. dan seterusnya europa dan arab(INDI-EUROPA) dan seterusnya arab dan africa dalam keluarga (AFRO-ASIA). semua suku bangsa berpecah atau becampur dari bangsa besar ni la menjadikan suku bangsa yg berbeza tapi ada persamaan. Macam mana orang thai siam mata sepet tulisan bahasa dari evolusi sanskirt, tapi huruf siam sesuai dibunyi dengan bahasa vietnam walaupon vietnam menggunakan tulisan dari jenis sino-logogram. Tapi phonetic dan bunyi sebutan bahasa hampir sama malah sangat mirip. Huruf vietnam juga boleh menyebut perkataan dari bahasa siam. Myanmar yg tulisan dari sanskirt india tapi sosio budaya budha walaupon ada pengaruh tulisan huruf sanskirt india. Tapi mereka semua lebih menyerupai suku pecahan sino(china/jepun/korea) sedangkan bangsa melayu dari cabang keturunan yg berbeza. Mmg semuanya dari adam dan hawa. Tapi ini cerita soal belahan kaum. Aku dah bentang ibu kepada kaum, kaum2 besar. Kalau tak terima jugak susah takyah jadi melayu. Pegi dok siam. Kalo ko mengaku sedara sgt. Dah tak payah bedah masalah suku,kalau citer suku pening. Tak tau suku ni dari mana,suku tu dari mana, mana yg serumpun.. Pakai agak semua bercampur. Semua suku ada asal yg me-rumpun.
Ampun tuan,pun yang zahir dihias tetap kan palsu, manakan sama apa yg hak, biar murni bathin melayu, agama bangsa tegak terpasak.

ajalsaka said...

Terima kasih atas maklumat yang berguna

Maps

Loading...
 
Cebong`s Notez
---- ~ PUAKA KANCHONG DARAT ~. Green World Blogger Template---- © Template Design by Herro