lagi kes ustad PAS dan Isterinya....

KANGAR: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.

Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil. "Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya. Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.


"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya. Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera. Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan.
...
...
...
KEPADA USTAD2..BERHATI2..KALO JD KES MCM NI..MALU WEIII

3 comments:

BabaKaisah said...

dalam pantang pun nak balun ker

UstazRosli said...

kita jangan hukum lagi ustaz tu, itu baru tuduhan isterinya. dalam perbalahanmemang ada berbagai tuduhan tapi nnti mahkamah tentukan..lagipun taqadum...

tauke blog said...

tu lah pompuan..kalo marah semua kuar..apapun hati2..kalo pun tak betul tuduhan tu..ust ni dah dapat malu...malu bertambah akibat gagal didik isteri...

kalo betul tuduhan wife dia..mmg buruk benar ustad tu..huduh perangai..

Maps

Loading...
 
Cebong`s Notez
---- ~ PUAKA KANCHONG DARAT ~. Green World Blogger Template---- © Template Design by Herro