Soalan
Assalamualaikom
Saya seorang penulis dan telah menghasilkan puluhan skrip/ buku Islamik. Antara karya saya telah saya berikan kepada sebuah publisher ternama tanah air yang kononnya berpaksikan Islam.
Masalahnya sekarang syarikat tersebut hendak mencetak buku saya dengan memasukkan nama seorang penceramah terkenal tanah air (ustaz tv) untuk melariskan jualan sedangkan dia tidak memberikan apa-apa sumbangan dalam buku ini. Kemudian, bayaran royalti pula terpaksa dipecah dua, tapi dia akan dapat lebih.
Dalam perjanjian saya dengan syarikat ini tidak ada disebut perkara ini.Berdasarkan ilmu yang Allah berikan kepada saya:1. Perbuatan menggunakan nama orang lain pada buku yang dibuat oleh orang lain adalah HARAM kerana menipu pengguna. Tidak kira apa pun istilah yang digunakan strategik pemasaran atau pelaris, yang penting ia adalah penipuan!
Sama sahaja dengan perbuatan peniaga yang meletakkan label atau jenama terkemuka yang berkualiti pada produk yang tidak berkualiti, meletakkan telur gred c pada bakul telur gred A
.2. Yang Ustaz itu pula (kalau layak dinamakan ustaz) mengapa dibiarkan namanya digunakan sewenangwenangnya, hanya untuk RM (haram). Sama sahaja dengan seorang pelacur!
3. Perbuatan ini juga menzalimi saya yang bersusah payah menghasilkan buku ini. Dan saya tidak redha segala penah lelah saya dirampas dengan cara ini. Saya haramkan semua royalti yang dirampas dari saya. Untuk maklumat ini bukan pertama kali syarikat ini buat macam ni
4. "La talbisul-Haqa bil-bathil.. ". jangan sesekali mencampurkan yang hak dan yang batil. terbitkan buku agama memang baik, tapi gunakan kaedah penipuan adalah batil.Minta tolong ustaz: Apakah tindakan undang-undang yang boleh saya ambil untuk mendapatkan kembali hak saya?Kepada siapa saya harus mengadu?
Terima Kasih Ustaz
-soalan melalui email-
J
AWAPAN :
Pertama : Saya ucapkan tahniah atas kemampuan sdr yang mampu menghasila buku dan skrip islamik buat manfaat seluruh umat Islam. Teruskan dan jangan terganggu dengan cabaran-cabaran yang mendatang.
Kedua : Dari sudut undang-undang, tindakan pihak penerbit yang memasukkan nama seorang personaliti ustaz TV dalam buku karangan saudara adalah tertakluk kepada kontrak yang saudara meterai dengan penerbit.
Saudara menyebut "Dalam perjanjian saya dengan syarikat ini tidak ada disebut perkara ini"
Justeru itu, saya kira isu ini mungkin agak mudah untuk diselesaikan jika benarlah apa yang disebutkan. Ini kerana kontrak bakal menjadi pemutus. Jika tiada disebut di dalam kontrak, saudara mempunyai hak sepenuhnya untuk mencabar penerbit melalui saluran undang-undang. Biasanya penerbit menghormati penulis dan kontrak yang telah dimeterainya. Mereka terdedah kepada mudarat yang besar jika mencabuli kontrak.
Saudara menyebut "Dalam perjanjian saya dengan syarikat ini tidak ada disebut perkara ini"
Justeru itu, saya kira isu ini mungkin agak mudah untuk diselesaikan jika benarlah apa yang disebutkan. Ini kerana kontrak bakal menjadi pemutus. Jika tiada disebut di dalam kontrak, saudara mempunyai hak sepenuhnya untuk mencabar penerbit melalui saluran undang-undang. Biasanya penerbit menghormati penulis dan kontrak yang telah dimeterainya. Mereka terdedah kepada mudarat yang besar jika mencabuli kontrak.
Namun, saudara perlu memastikan tiada kluasa di dalam kontrak (perjanjian) tersebut yang boleh ditafsirkan, terdapat hak tertentu diberikan kepada penerbit untuk menambah apa yang patut untuk kebaikan buku walaupun tanpa dipersetujui oleh saudara selaku penulis.
Selanjutnya, jika saudara yakin jumlah kerosakan saudara tidak sampai mencecah RM 25,000 dan merugikan untuk mengambil peguam.
Tindakan paling tepat adalah dengan membuat aduan rasmi di Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia ( Buka di sini ). Ia bertindak seperti mahkamah kecil dan tidak memerlukan peguam.
Saya sendiri pernah menggunakan khidmat Tribunal ini dan saya dapati ianya berkesan. Peniaga yang menipu itu, apabila menerima surat panggilan perbicnaraan oleh Mahkamah Tribunal, dengan segera mereka respond dan menyelesaikannya di luar mahkamah. Ia baik dan berkesan.
Saya sendiri pernah menggunakan khidmat Tribunal ini dan saya dapati ianya berkesan. Peniaga yang menipu itu, apabila menerima surat panggilan perbicnaraan oleh Mahkamah Tribunal, dengan segera mereka respond dan menyelesaikannya di luar mahkamah. Ia baik dan berkesan.
Ketiga : Tidak wajar saudara mencerca penceramah agama TV tersebut, kerana kemungkinan besar beliau tidak mengetahui apa yang diaturkan oleh penerbit. Yang ia tahu hanyalah penerbit ingin menggunakan namanya untuk melariskan buku. Justeru pada hemat sangka baik saya, penceramah TV tersebut tidak terlibat dalam proses mengambil hak dan menzalimi saudara. Cuma penceramath TV ini kurang meneliti dari sudut hukum Shariah akan hukum tindakannya itu.
Tidak wajar juga saudara menyamakan dengan pendapatan seorang pelacur.
Keempat : Dari sudut Shariah ; saya bersetuju dengan anda tentang kurang wajarnya penceramah TV itu menerima untuk menjual namanya di atas sebuah buku yang tidak ditulis olehnya. Ia adalah salah satu jenis penipuan untuk melakukan barang jualan yang diharamkan oleh Islam.
Apatah lagi jika ia mengambil hak saudara selaku penulis asal tanpa persetujuan. Malah jika saudara bersetuju sekalipun, ia masih kurang sihat dan syubhat menurut kacamata Islam.
Ia mempunyai beberapa elemen haram yang disebutkan sebagai ‘Bai an-Najash'. Nabi Muhammad s.a.w menyebut :-
ولا تناجشوا
Ertinya : "Dan janganlah kamu secara penipuan terancang (dengan bantuan satu pihak lain) menaikkan harga barang jualan ( Riwayat Muslim)"
Terjemahan English : "Do not artificially inflate prices against one another"
Menurut Imam Ibn Rejab al-Hanbali , tafsiran an-Najash ini boleh dibuat dalam dua bentuk :-
1) Satu bentuk jualan dimana seorang pelanggan menawarkan harga tinggi bukan kerana ingin membelinya, tetapi hanya untuk mempengaruhi pelanggan sebenar untuk membeli barangan itu lebih tinggi dari harga sepatutnya.
Ini juga banyak berlaku dalam industry lelong dan pasaran saham, dimana terdapat individu yang ‘bidding' dengan harga tinggi padahal ia bukan ingin membeli tetapi hanya sengaja ingin mempengaruhi pasaran agar harga dapat dinaikkan. Ia hanya melakukan atas keinginan pihak penjual.
Majoriti ulama Islam menyebut, jualan sebegini adalah sah tetapi berdosa dan jika harga melambung sangat tinggi dari harga sebenar, pembeli berhak memulangkan kembali dan mengambil harganya semula.
2) Tafsiran kedua lebih umum dan luas, apa sahaja bentuk dan jenis penipuan di dalam penjualan dan pembelian yang memudaratkan pihak lain adalah di kira 'najash'.
Allah s.w.t berfirman : " Tiada siapa yang merancang sesuatu kejahatan kecuali kejahatan akan kembali kepadanya" (Surah Fatiir : 43 )
Jika dilihat dari tafsiran Imam Ibn Rejab ini, tindakan penerbit yang dengan senagaj ingin memasukkan nama penceramah popular sebagai penulis sedangkan ia bukan penulis adalah bentuk penipuan dan termasuk dalam kategori Najash.
Saya nasihatkan mana-mana penerbit yang ingin melariskan buku melalui nama tokoh tertentu hanya menggunakan komentar, kata aluan, testimoni atau sokongan terhadap buku sahaja. Dengan itu, bolehlah diberikan sedikit cenderahati kepada tokoh berkenaan. Tidak harus memasukkannya sebagai penulis.
Itu pun mestilah satu testimoni yang benar-benar layak diberikan kepada kandungan buku dan bukan memuji tanpa membaca sedikit pun kandungannya, cuma sekadar memenuhi permintaan penerbit. Jika demikian ia masih tergolong dalam bentuk penipuan yang diharamkan.
Kesimpulan
Kesimpulan, dari sudut undang-undang saudara perlu merujuk kandaungan kontrak dan elok dibaca bersama peguam, jika saudara tidak mempunyai bajet untuk peguam, tindakan terbaik adalah dengan merujuk dan memfailkan aduan di Tuntutan Tribunal Pengguna malaysia.
Dari sudut Shariah pula, ustaz TV tersebut perlu dimaklumakan akan apa yang berlaku. Jika buku masih belum diterbitkan, batalkan sahaja kontrak dan pergi ke penerbit lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
0 comments:
Post a Comment